CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, June 5, 2008

HARGA MINYAK NAIK. LAGI!


Ni apa macam ni? Harga minyak dari sehari ke sehari makin naik? Lepas ni minyak petrol
dijangkakan habis di Malaysia in 2014. So macam mana kita nak drive ni? Harga minyak dah nak mcm harga emas. Somebody should cipta kereta yg pakai angin or air. Dah ada hybrid cars
like that, tapi harganya ya rabbi..too expensive! If they can just reduce the price of the hybrid cars to be slightly like normal cars, kira okay lah. Berikut ada catatan ekoran kenaikan harga minyak:-
KUALA LUMPUR: Kebanyakan rakyat mengeluh dengan kenaikan harga minyak secara mendadak berkuatkuasa hari ini dan berharap kerajaan menilai semula keputusan itu kerana berpendapat ia terlalu tinggi dan membebankan.Malah ada sesetengah pihak membantah tindakan itu dan mengadakan demonstrasi secara aman untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka.Anggota exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Mahathir yang meminta kerajaan menilai semula keputusan itu berpendapat rakyat belum mampu menangani masalah kenaikan itu pada ketika kos sara hidup juga semakin meningkat. Beliau berkata kenaikan itu sepatutnya dilaksanakan secara berperingkat dan diumumkan tarikh kenaikan lebih awal agar rakyat tidak terlalu terbeban.
Dalam usaha mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah dan sederhana terhadap kenaikan itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan bersetuju memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian, termasuk motosikal.“Bagi pemilik kenderaan persendirian yang berkapasiti enjin sehingga 2000cc (kuasa kuda) manakala trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan.“Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai RM150 setahun bagi setiap motosikal akan diberikan,” katanya.Menjelaskan mengenai pembayaran tunai itu, Abdullah berkata, ia akan diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor (cukai jalan) yang berkuat kuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.“Bayaran tunai itu akan diberikan secara kiriman wang di Pos Malaysia di seluruh negara mulai 1 Julai 2008,” katanya.

0 comments: