CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, October 6, 2008

Tips: Kaedah Bootstrap bagi yang ingin memulakan perniagaan.

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan, saya amat recommend menggunakan pendekataan Bootstrap!
Apa yang dimaksudkan oleh bootstrap adalah, anda jangan mengambil pinjaman modal dari mana-mana untuk memulakan perniagaan (tidak kira badan kewangan atau keluarga dan rakan-rakan).
Mulakan perniagaan anda dengan wang simpanan anda sendiri- mulakan perniagaan kecil-kecilan. Keuntungan yang anda terima dari perniagaan kecil anda, anda pusingkan kembali untuk memajukan dan mengembangkan perniagaan anda.
Ramai jutawan lahir dari pendekatan bootstrap apabila memulakan perniagaan. Ini adalah kerana, dengan menggunakan konsep bootstrap, anda akan lebih berhati-hati dengan wang yang dilaburkan. Anda juga akan lebih mempelajari dari usaha perniagaan anda. Ia juga akan memaksa anda menggunakan inovasi dan kreativiti anda dalam menguruskan perniagaan anda- mulakan kecil dan perlahan-lahan mengembangkan perniagaan anda dengan ilmu dan pengalaman yang dikumpulkan melalui bootstrap.
Ingin memulakan perniagaan dengan pinjaman RM30,000 - RM50,000? Jangan lupa bahawa lebih dari 90% perniagaan baru gagal dalam tahun pertama sahaja! Saranan saya: Bootstrap!
Saya sendiri hanya menjalankan perniagaan kecil kecilan dgn kaedah ini..dan ianya terbukti kurang risiko, kurang menakutkan, senang tidor malam hehe, lebih creative, mengikut kemampuan sendiri dan paling best, ikut suka hati nak buat apa, janji sales jalaaaan.

0 comments: